Antara keperluan utama yang diperlukan mangsa banjir di Kampung Bulu, Setiu adalah peralatan memasak.<br /><br />Ia selepas keperluan itu musnah dan hilang dihanyut air dalam kejadian banjir yang melanda kediaman mereka.<br /><br />Beberapa penduduk yang ditemui berkata ia bagi memudahkan mereka untuk mengalas perut selepas kesemua peralatan termasuk periuk dan tong gas dihanyutkan air.
